SOALAN LAZIM (FAQ) Mengenai Servis Urut Di UrutSihat.com

Berikut adalah  beberapa soalan lazim yang berkaitan servis urut sihat di UrutSihat.com

Jika anda tidak mendapat jawapan daripada soalan di bawah atau mempunyai soalan lain.  Sila hubungi kami sama ada Call 010 400 1974  atau Whatsapp dengan butang dibawah : 

Pihak kami UrutSihat.com akan cuba menjawab soalan masalah kesihatan anda yang berkaitan servis urut dan pakej urut lelaki atau urut wanita yang sediakan.

1. Apa itu UrutSihat.com ?

UrutSihat.com merupakan sebuah laman web khas bagi Pusat Urut Terapi D’Sg Buaya (terletak di Rawang) yang menyediakan servis urut sihat khas untuk kesihatan lelaki dan wanita serta  kanak-kanak dengan menyediakan pakej urut lelaki dan urut wanita.

2. Apakah masalah kesihatan yang utama, UrutSihat.com boleh bantu Anda?

UrutSihat.com  memfokuskan servis urut sihat yang dapat membantu anda bermasalah kesihatan seperti sakit pinggang, sakit tengkuk (kepala teleng), kebas-kebas (tangan & kaki), terapi resdung, lenguh-lenguh badan dan terseliuh anggota badan dengan meyediakan pakej urut lelaki, urut wanita, urut selepas bersalin dan urut ibu mengandung.

3. Di manakah lokasi pusat terapi UrutSihat.com? Jauh tak ?

Lokasi pusat urut kami terletak di Bandar Sungai Buaya, Rawang Selangor. Jaraknya 1km sahaja daripada Exit Tol Plus 117 Sg Buaya selepas R&R Rawang arah utara.

Jika anda dari Tol Jalan Duta 20 minit sahaja. Shah Alam dalam 40 minit. Keramat (KL) dalam masa 35 minit boleh sampai ke pusat terapi kami memalui lebuhraya DUKE dan Plus. 

Jarak Pusat UrutSihat.com 1KM dari Exit Tol Sg Buaya

4. UrutSihat.com beroperasi di kedai atau rumah ?

Kami menjalankan rawatan urut badan sihat di rumah teres setingkat khas yang dijadikan Pusat UrutSihat.com terletak Bandar Sungai Buaya Rawang.

Dilengkapi dengan bilik terapi urut wanita (lengkap bilik air), bilik terapi urut lelaki, ruang menunggu pelanggan urut lelaki dan pelanggan urut wanita berasingan, bilik solat, pantri, tandas, pejabat serta parking kereta pelanggan urut 4 buah dalam satu masa.

Pusat Urut Sihat -com - Terapi D Sg Buaya Rawang

Rumah Teres Setingkat KHAS Untuk Pusat Terapi & UrutSihat.com  Sahaja

Pusat Urut Badan Urut Sakit Pinggang Urut Lelaki Urut Wanita Di Rawang

Bilik Urut Wanita  KHAS untuk Pelanggan Urut Wanita Dilengkapi Tandas Sendiri

Pusat Urut Badan Urut Sakit Pinggang Urut Lelaki Urut Wanita Di Rawang

Bilik Urut Lelaki  KHAS untuk Pelanggan Urut Lelaki di tingkat atas berasingan pelanggan urut wanita.

Pusat Urut Badan Urut Sakit Pinggang Urut Lelaki Urut Wanita Di Rawang

Ruang Menunggu Pelanggan Urut Wanita Berasingan Dengan Pelanggan Urut lelaki

Pusat Urut Sakit Pinggang Urut Lelaki Di Rawang

Ruang Menunggu Pelanggan Urut Lelaki Berasingan Di Bahagian Atas Depan Bilik Urut Lelaki.

Pusat Urut Badan Urut Sakit Pinggang Urut Lelaki Urut Wanita Di Rawang

Ruang Solat  Disediakan Bagi Pelanggan Urut Lelaki Dan Urut Wanita Untuk Bersolat.

5. Waktu operasi urut di UrutSihat.com? Adakah saya perlu buat temujanji urut sihat terlebih dahulu?

Pusat urut kami dibuka setiap hari 9am – 6pm. Rehat pada 1pm-2pm dan setiap hari  kecuali Jumaat (Buka : 9am hingga 11am) & Tutup  (Sesi Petang 1pm-6m).

Anda mesti membuat temujanji urut dahulu kerana rawatan urutan berdasarkan booking dan temujanji sahaja.

6. Apakah perbezaan terapi & urut badan sihat di UrutSihat.com?

Teknik urut di UrutSihat.com sangat berbeza dengan urut badan biasa atau urut tradisional.  Prinsip kaedah rawatan teknik urut saraf dan urut refleksologi secara picitan ransangan atau tekanan stimulatif ke atas titik-titik stimulasi tertentu pada tubuh badan anda.

Bagi membangkitkan ‘Self-healing Mechanisme’ (Kesembuhan Kendiri) agar berfungsi dan bekerja dengan sebaiknya secara semulajadi supaya kesembuhan yang cepat dan sihat berpanjangan dengan izin Allah.

7. Siapa yang akan urut badan dan terapi sihat anda di UrutSihat.com ?

Kami di UrutSihat.com mengutamakan kehendak  keperluan orang Muslim.  Semua pelanggan urut wanita akan diterapi dan diurut oleh juruterapi wanita (Puan Siti). Manakala pelanggan urut lelaki akan diterapi dan diurut oleh juruterapi lelaki (Thabib Azly).

Juruterapi Urut Wanita

Puan Siti Juruterapi Urut Wanita

Puan Siti berpengalaman 10 tahun dalam urut badan sihat dengan teknik urut terapi saraf kesihatan wanita khusus bagi pelanggan urut wanita.

Juruterapi Urut Lelaki

Thabib Azly Juruterapi Urut Lelaki

Thabib Azly berpengalaman 9 tahun dalam urut badan sihat dengan teknik urut terapi saraf kesihatan lelaki khusus bagi pelanggan urut lelaki.

8. UrutSihat.com ada buat servis urut badan sihat datang ke rumah ?

Mohon Maaf. Buat masa ini kami tidak menyediakan servis urut badan sihat datang ke rumah anda.

Kecuali Servis Urut  Selepas Bersalin ada buat mobile datang urut ke rumah bagi pelanggan urut wanita tinggal di Bandar Sungai Buaya dan Sekitar Rawang sahaja.

9. Kalau saya tak Booking Sesi Urut atau tak buat temujanji urut di UrutSihat.com, boleh datang terus ?

Anda MESTI buat BOOKING dan TEMUJANJI URUT dahulu sebelum mendapatkan rawatan urut sihat. Awal sehari sebelum urut atau pada hari yang sama jika ada slot urut yang kosong (Call atau Whatsapp ke 010 400 7476).

Tujuan utama booking bagi mengelakkan anda menunggu lama. Kami juga tidak suka pelanggan urut lelaki dan urut wanita  menunggu lama dan membuang masa anda.

 Keutamaan urut diberikan kepada anda yang telah membuat booking urut  dan temujanji sesi urut pada masa dan hari tersebut. Pastikan anda yang telah booking sesi urut datang awal 10 minit supaya tidak menggangu masa pelanggan urut  selepas sesi urut anda.

10. Apakah persediaan yang saya perlu buat sebelum datang urut di UrutSihat.com ?

Anda harus cukup rehat, tidur dan bersedia untuk diurut. Pastikan makan makanan berat 2 jam sebelum berurut. Anda boleh bawa kain pelikat atau batik sendiri untuk keselesaan anda. Kami ada sediakan kain bagi yang tiada atau terlupa bawa.

11. Bagaimana jika saya terlewat datang sesi urut ?

Anda dinasihatkan datang awal 10 minit sebelum waktu terap dan booking urut telah ditempah. Jika anda terlewat, kami akan teruskan sesi urutan dan berhenti pada masa anda tempah temujanji urut. Ia bagi mengelakkan jadual temujanji pelanggan urut seterusnya terganggu.

12. Saya ada bermacam-macam masalah sakit, bolehkah diurut semua sekali di UrutSihat.com ?

Di UrutSihat.com, jika anda mempunyai beberapa masalah sakit dalam satu masa. Kami akan rawat dan urut FOKUS satu sesi SATU jenis masalah kesihatan dahulu bergantung kepada keutamaan kepada untuk anda mudah melakukan aktiviti bersolat,  bekerja atau bergerak untuk melakukan aktiviti harian.

Setiap jenis masalah kesihatan memerlukan minima 1 – 3 sesi urut bergantung kepada kondisi badan anda dan faktor lama sakit yang telah anda alami.

13. Jika saya telah booking sesi urut dan buat temujanji urut. Tetapi TIDAK HADIR & DATANG URUT macam mana?

Semua pembatalan temujanji urut harus dimaklumkan kepada kami seawal mungkin (12 jam sebelum sesi urut anda) melalui call atau whatsapp sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan dan kecemasan.

Sekiranya anda telah membuat booking dan bayaran secara online, wang booking tidak akan dipulangkan dan sesi urut anda akan dijadualkan semula. Bergantung kepada kekosongan sesi urut bagi pakej urut lelaki atau pakej urut wanita.

14. Bolehkah saya membuat bayaran pakej urut lelaki atau urut wanita secara Online ?

Bayaran pakej urut lelaki dan pakej urut wanita boleh dibuat secara  tunai (dalam Ringgit Malaysia sahaja) atau secara bayaran online (akaun bank) dan perlu dijelaskan sejurus selepas sesi pakej urut anda tamat.

15. Berapa kali saya kena datang urut badan sihat ?

Sebaiknya anda datang dan buat 1 sesi urut terlebih dahulu. Jika masalah sakit anda masih  baru, 1 sesi urut memadai.

Jika sakit anda alami terlalu lama, urutan perlu dilakukan minima 3 sesi urut, baru nampak perubahan tahap kesakitannya. Setiap satu sesi urut selang sehari bagi memberikan kesan yang cepat untuk baik.

16. Saya orang bukan Islam, boleh ke datang terapi atau urut badan sihat di UrutSihat.com?

Boleh, sesiapa sahaja boleh datang urut. Pelanggan kami terdiri daripada perbagai bangsa. Melayu, India, Cina, Pakistan, Indonesia dan paling jauh Arab Saudi.

Cuma di UrutSihat.com, pelanggan urut  lelaki diurut oleh juruterapi lelaki dan pelanggan urut wanita diurut oleh juruterapi wanita sahaja.

Semoga semua soalan dan jawapan di atas membantu anda dalam mencari servis urut berdekatan.

Jika anda mempunyai soalan lain daripada di atas berkaitan servis urut sihat bagi pakej urut lelaki dan urut wanita di UrutSihat.com

Sila hubungi kami dengan  klik butang di bawah : 

Anda mahu lihat Pakej Urut & Harga, Testimoni Urut, Cara Booking Urut, sila klik butang di bawah ini :

Scroll to Top